Assalamualaikum semua!
Hm, hari ni, 6.5.12, genaplah setahun saya di negara orang. Banyak benda yang saya dah belajar dekat sini.
Hidup di negara orang ni taklah semudah yang kita sangka.
Dan kesusahan itulah yang mengajar saya menjadi jauh lebih matang daripada yang saya sepatutnya jadi (hahaha). Ape pun, alhamdulillah, Allah sentiasa ada di samping kita kan? Allah pun kurniakan orang-orang yang baik untuk saye dan keluarga, mereka tu bukan setakat kawan, malah saya anggap mereka sebagai keluarga saya sendiri sebab masing-masing selalu tolong masing-masing, terima kasih semua! :D
